Saturday, March 6, 2010
Gambar Semasa Program
Gambar-gambar Program...( Sebelum Program - 24 Februari 2010)
Program Keibubapaan & Hari Kerjaya
24 Februari 2010, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sungai Isap sekali lagi telah berjaya mengadakan satu program Keibubapaan & Hari Kerjaya di mana pada hari ini turut berlangsung pelancaran Excell Group PMR & SPM di mana ianya dilancarkan oleh Yang Berhormat En. Zaili bin Hj Besar, iaitu YB Adun Panching. Program ini melibatkan pelajar Excell Group PMR & SPM, Tingkatan 5 Inovatif, 5 Proaktif, dan juga 5 Trampil. Secara keseluruhannya, sambutan para pelajar dan guru-guru amat menggalakkan sekali. Selain daripada penyertaan daripada pelajar, sekolah-sekolah terdekat juga dijemput untuk mengikutinya antaranya ialah SMK Pandan, SMK Paya Besar dan beberapa buah lagi sekolah disekitarnya.
Antara matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa serta memberi pendedahan tentang maklumat laluan kerjaya kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah. antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah Keibupaan, pameran kerjaya daripada fakulti-fakulti Management & Science University (MSU), Career Hunt, Forum dan sebagainya.
Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya. Untuk itu, UBK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, para ibu bapa dan juga para guru yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.
Thursday, March 4, 2010
Monday, February 22, 2010
Sunday, February 21, 2010
Program Excell Group PMR
02 Februari 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu lagi program iaitu Program Excell Group PMR bagi mata pelajaran Sejarah. Sasaran program ini adalah para pelajar yang berpotensi untuk memperoleh A dalam mata pelajaran Sejarah. Program ini telah diadakan bertempat di Dewan Bestari. Antara pengisiannya adalah ceramah teknik menjawab soalan yang disampaikan oleh Guru Mata Pelajaran Sejarah iaitu En.Mohd Suhaidi bin Harun.
Program Latihan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)
04 Februari 2010, Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) sememangnya tidak asing lagi dalam sistem sekolah. Peranan mereka amat penting sekali dalam membantu rakan sebaya yang berhadapan dengan masalah dari segi akademik, kerjaya, kekeluargaan dan sebagainya. Menyedari kepentingan ini, satu program Latihan PRS telah diadakan bertempat di Dewan Bestari. Seramai 32 orang calon-calon PRS telah menghadiri program ini. Antara pengisian program ini adalah seperti Ice breaking yang telah dikendalikan oleh kaunselor pelatih iaitu Cik Norhayati binti Alias, ceramah pula dikendalikan oleh Cik Niknorfadzlida manakala LDK dikelolai oleh kaunselor sekolah iaitu Pn.Norazizah.
Video Program
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgHvjUM8aZKN7Y7vVO0_7J2S63qVizAbLVLNbzXhx9m8Xqv_c_y0QOZVM7abGzZ0ZqHOBu_bm7qx-2HI5z9Yo1c6jSrQ-_aiFxOuL-xVQ7jKOhiZxlkECwKpH5K_O-RMJC9LG5Sxpa5MVXg/s320/kartun_prs_333.jpg)
IKLAN !!!!!!!
Adakah anda ingin memajukan diri dan meningkatkan kecemerlangan diri? Apa tunggu lagi, rebutlah peluang untuk menjadi Pembimbing Rakan Sebaya (PRS). Anda akan memperoleh banyak faedah daripada menyertainya. Kami warga UBK akan melatih anda untuk menjadi seorang pembimbing yang berkesan. Jangan buang masa lagi....Segeralah ke bilik Kaunseling untuk mendaftarkan diri anda. Pelajar lelaki amat dikehendaki.TAWARAN dibuka kepada pelajar yang ingin menawarkan diri untuk menjadi pelapis PRS. Tonjolkan diri anda serta berbaktilah kepada SEMSIS.

PROGRAM SEPANJANG FEBRUARI
Program Strategi Belajar PMR & SPM
Kaunselor sedang menyampaikan ceramah mengenai Strategi Belajar kepada pelajar SPM.
Para pelajar semasa menjalani aktiviti LDK - Gula-gula masa
Program Strategi Belajar PMR & SPM
Unit Bimbingan Kaunseling (UBK) sekali lagi telah mengadakan Program Strategi Belajar untuk pelajar PMR dan juga SPM. Program ini dijalankan secara berperingkat di mana pada 27 Januari, telah diadakan Program Strategi Belajar untuk pelajar SPM dan sasaran awal adalah semua pelajar Tingkatan 5 Bestari dan 5 Dinamik. Pada keesokannya pula, Program Strategi Belajar PMR diadakan bertempat di Dewan Bestari pada waktu yang sama iaitu dari jam 11.20-12.20. Antara pengisian program ini ialah memberi pendedahan kepada pelajar tentang strategi belajar yang berkesan melalui ceramah yang disampaikan oleh kaunselor sekolah,dan juga Latihan Dalam Kumpulan (LDK) yang dikendalikan oleh kedua-dua kaunselor pelatih dari UPSI.

Mesyuarat Agong Persatuan B&K
21 Januari 2010, Unit Kokurikulum sekolah telah mengadakan satu perjumpaan bagi semua persatuan dan kelab. Kesemua 25 persatuan termasuk Persatuan Bimbingan dan Kaunseling telah membuka penyertaan kepada semua pelajar dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5. Persatuan Bimbingan dan Kaunseling telah menerima penyertaan seramai 42 orang pelajar yang terdiri daripada 38 pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki. Mesyuarat agong Persatuan Bimbingan dan kaunseling ini dikelolai oleh Pn.Norazizah dan dibantu oleh kaunselor yang lain. Antara agenda mesyuarat adalah perlantikan ahli jawatankuasa bagi sesi 2010 dan juga perancangan aktiviti yang akan dilaksanakan.
Saturday, February 20, 2010
Mesyuarat Unit B&K
Mesyuarat ini diadakan bagi membincangkan perancangan-perancangan Unit Bimbingan dan kaunseling sepanjang bulan Januari hingga Mei 2010. Mesyuarat dimulakan dengan amanat yang disampaikan oleh kaunselor sekolah iaitu Pn. Norazizah yang menyentuh berkenaan dengan disiplin yang perlu dipatuhi oleh semua kaunselor, kerjasama yang padu antara kaunselor sekolah dengan kaunselor pelatih dan perancangan untuk mengubah suai bilik kaunseling sekolah. Pengubahsuaian ini bertujuan untuk menjadikan bilik kaunseling lebih teraputik dan selesa kepada pengunjung.
Motivasi SPM 2010
![](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiqna2R5bJQy9vPFdvrsiycviLrkuk7rAxWSgenm0rrBcUWWrGakv6rP1qP9hIQdvZf3PFZW0LxtYfaKCpq1xwNnsgWor_D-2odtDesJuLxKb1fXTHhBrORW_xMzpzjq4SYNOo-V2vl1P5e/s320/azam.jpg)
12 Januari 2010, Unit Bimbingan dan Kaunseling telah mengadakan satu lagi program iaitu Motivasi SPM 2010 khas untuk pelajar tingkatan lima sahaja. Program ini antaranya bertujuan untuk memberikan suntikan motivasi kepada pelajar-pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM pada hujung tahun ini. Semoga dengan suntikan awal ini dapat menaikkan semangat dan motivasi pelajar Tingkatan 5.
Program Orientasi Pelajar Tingkatan 1 & 4
4-6 Januari 2010 yang lalu, Unit Bimbingan Kaunseling telah mengadakan satu program Minggu Orientasi untuk pelajar Tingkatan 1 & 4 bagi kemasukan 2010. Program ini telah berlangsung selama 3 hari berturut-turut yang dikelolai oleh kaunselor sekolah. Bagi pelajar Tingkatan 1, program ini dijalankan di Dewan Bestari manakala bagi pelajar Tingkatan 4, ianya berlangsung di dewan Wawasan.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar baru tentang persekitaran sekolah yang baru kepada mereka.
Program ini bertujuan untuk mendedahkan kepada pelajar baru tentang persekitaran sekolah yang baru kepada mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)