HAYATI KECEMERLANGAN ANDA.....

KAUNSELOR ADALAH SAHABAT YANG AKAN MEMBANTU ANDA....


Detik-detik Mendebarkan...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 6, 2010

Program Keibubapaan & Hari Kerjaya

24 Februari 2010, Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sungai Isap sekali lagi telah berjaya mengadakan satu program Keibubapaan & Hari Kerjaya di mana pada hari ini turut berlangsung pelancaran Excell Group PMR & SPM di mana ianya dilancarkan oleh Yang Berhormat En. Zaili bin Hj Besar, iaitu YB Adun Panching. Program ini melibatkan pelajar Excell Group PMR & SPM, Tingkatan 5 Inovatif, 5 Proaktif, dan juga 5 Trampil. Secara keseluruhannya, sambutan para pelajar dan guru-guru amat menggalakkan sekali. Selain daripada penyertaan daripada pelajar, sekolah-sekolah terdekat juga dijemput untuk mengikutinya antaranya ialah SMK Pandan, SMK Paya Besar dan beberapa buah lagi sekolah disekitarnya.
Antara matlamat utama program ini adalah untuk meningkatkan kerjasama antara pihak sekolah dan ibu bapa serta memberi pendedahan tentang maklumat laluan kerjaya kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah. antara aktiviti yang berlangsung adalah ceramah Keibupaan, pameran kerjaya daripada fakulti-fakulti Management & Science University (MSU), Career Hunt, Forum dan sebagainya.
Alhamdulillah program ini telah berjalan dengan jayanya. Untuk itu, UBK ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak pentadbir sekolah, para ibu bapa dan juga para guru yang telah terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam menjayakan program ini.

No comments:

Post a Comment