HAYATI KECEMERLANGAN ANDA.....

KAUNSELOR ADALAH SAHABAT YANG AKAN MEMBANTU ANDA....


Detik-detik Mendebarkan...


I made this widget at MyFlashFetish.com.


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Saturday, March 6, 2010

Gambar Semasa Program

Pengetua sekolah iaitu Tn. Hj Rahim bin Hj Musthaffa bersama kaunselor sekolah iaitu Pn. Azizah dan En. Mohd Azlan beserta beberapa orang pentadbir sekolah menyambut ketibaan Yang Berhormat En. Zaili bin Hj. Besar, ADUN Panching untuk majlis pelancaran Excell Group PMR & SPM.

Ceramah Keibubapaan turut diadakan di dalam Dewan Bestari di mana cermah ini disampaikan oleh seorang penceramah yang pakar dalam bidang keibubapaan iaitu En. Yusof yang merupakan Pegawai Kaunseling daripada Pejabat Pendidikan Daerah, Kuantan. Tajuk ceramah yang disampaikan ialah 'Ibu bapa Cemerlang, Anak Gemilang.' Ibu bapa dilihat sangat terhibur dengan cara penyampaian penceramah dan semoga mereka memperoleh sesuatu yang amat bermakna dalam melahirkan anak yang excellent.

Para pelajar daripada Tingkatan 5 Inovatif, 5 Proaktif dan juga 5 Trampil di dedahkan dengan Bengkel Kecemerlangan SPM di mana seorang wakil daripada MSU memberikan ceramah berkenaan dengan Tips Bijak Belajar dan Pengurusan Stress. Sasaran dilihat dapat mengikuti ceramah dengan baik dan memperoleh sesuatu yang bermafaat daripada ceramah tersebut.

Pameran kerjaya yang berlangsung di Dewan Wawasan sentiasa menerima kunjungan daripada pelajar dan juga guru. Antara booth yang disediakan ialah pemeriksaan tekanan darah, pemeriksaan kumpulan darah, penyediaan makanan dan perhiasan untuk perhotelan, karikatur, permainan uji minda dan sebagainya.


Kolej MSU turut mengadakan pemeriksaan tekanan darah kepada pengunjung. Booth ini sememangnya mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada pelajar dan juga para guru. Wakil yang ditugaskan untuk menjalankan pemeriksaan darah ini turut memberikan tips penjagaan makanan kepada yang berisiko mempunyai darah tinggi dan rendah.

No comments:

Post a Comment